Masalah yang dihadapi Malnutrisi

Kekurangan nutrisi biasanya berlaku di negara yang membangun termasuklah beberapa kawasan di dunia ini. Sekiranya badan tidak dapat menerima tenaga yang mencukupi daripada makanan, sudah pasti berat badan akan menurun dan kekurangan jumlah otot juga akan berlaku. Kanak-kanak yang mengalami malnutrisi tidak dapat menyimpan lemak yang secukupnya dan kekurangan otot. Perkembangan minda boleh terganggu, dan kanak-kanak ini mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat penyakit kerana badan mereka tidak dapat melawan sebarang jangkitan penyakit yang berlaku. Malnutrisi turut menyumbang kepada peningkatan jumlah kematian di kalangan kanak-kanak di negara membangun.

  • Anemia boleh menyebabkan keletihan, kegagalan fungsi jantung dalam kes-kes yang berat, malah boleh menjejaskan fungsi otak. Pencegahan kepada kekurangan zat besi memerlukan diet makanan yang lengkap termasuklah memperbanyakkan makanan yang kaya-zat besi seperti sayuran hijau, kekacang, dan daging merahi. Kekurangan zat besi adalah simptom yang selalu dikaitkan dengan masalah maltnutrisi. Kebanyakan individu adalah kekurangan zat besi dalam diet mereka. Kekurangan zat besi ini boleh menyebabkan anemia (kekurangan sel darah merah).
  • Goiter. Pembesaran kelenjar thyriod dan boleh menyebabkan kematian atau kerencatan mental dalam perkembangan fetus) Iodine (kekurangan sumber ini boleh menyebabkan goiter.
  • Kwasyiorkor.
  • Skurvi
  • Riket
  • Vitamin A. Kekurangan vitamin A adalah isu yang serius di dalam dunia perubatan kerana ianya membantu dalam mencegah masalah buta dikalangan kanak-kanak.

Di Malaysia, sebagai contohnya Malaysia RDA telah menjalankan kajian dan mendapati keputusan yang memberi tanda amaran: Peratusan kanak-kanak yang disahkan signifikasi kurang berat badan, terbantut dan terlebih masing-masing adalah 45.3%, 51.6%, dan 7.8%. Pengambilan pemakanan yang kurang daripada 2/3 tahap RDA adalah kalori, kalsium dan zat besi. Namun, pengambilan protein, vitamin A, vitamin C dan niasin adalah melebihi dari jumlah RDA dan kebanyakkan sumber bagi nutrien ini adalah nasi, ikan, dan sayuran hijau. Di dalam 5 jenis kumpulan makanan, hanya jumlah hidangan dari kumpulan bijirin/produk bijirin/ubi telah mencapai jumlah yang ditetapkan berbanding bagi kumpulan susu/produk tenusu. Majoriti kanak-kanak (68.7%) adalah kekurangan, 31.3% adalah mencukupi namun tiada yang unggul dalam kualiti diet mereka. Berdasarkan keputusan kajian ini, adalah penting bagi ibubapa untuk memastikan anak mereka mendapat khasiat makanan yang mencukupi untuk mengelakkan dari berlakunya malnutrisi.